Monday 12 November 2012

Kipas Siling Masjid Sebesar Kipas Helikopter!

'Jauh perjalanan luas pemandangan' begitulah kata-kata perumpamaan yang bermaksud bila kita banyak berjalan maka banyaklah perkara yang tidak kita sangka yang kita boleh temui. Kali ini saya ingin berkongsi satu cerita mengenai kipas siling masjid sebesar kipas helikopter!

Sewaktu singgah bersembahyang di Masjid Al Munawwarah, Seksyen 27 Shah Alam, ketika hendak menuju ke barisan solat jemaah, saya begitu terkejut bila ternampak kipas siling yang begitu besar. Saiznya boleh dikira sebesar kipas helikopter! Subhanallah, inilah kali pertama saya lihat kipas sebesar ini dalam masjid. Besar pahala kepada sesiapa yang empunya idea untuk memasang kipas yang dapat memberi keselesaan kepada semua jemaah. Anginnya terasa seperti helikopter dan dapat dirasai di keseluruhan dewan solat.

Yang masih menjadi persoalan ialah jemaah masih kurang walaupun masjid sudah selesa. Walaupun kita tahu pahala mengerjakan solat jemaah itu 27 kali ganda lebih dari solat bersendirian, namun masih lagi ramai yang bersolat di rumah. Jika Allah zahirkan pahala kepada wang tunai di untuk solat, nescaya tidak ada seorang pun yang akan solat di rumah. Yang sakit pun akan di usung ke masjid. Tapi begitulah Allah ghaibkan dosa pahala supaya orang beriman kepadaNya. Ramai orang menyesal di padang mahsyar kelak kerana waktu di dunia tidak bersungguh-sungguh dalam agama. Semoga kita semua diberi kekuatan iman untuk beramal. Wassalam.

Friday 21 September 2012

Selamat Datang Ke Blog En. Azizul


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Azizul. Selamat datang ke blog peribadi saya. Blog ini saya hasilkan untuk berkongsi apa saja dengan rakan-rakan semua secara maya dari isu terkini, hobi, agama sehinggalah apa sahaja. Sudilah kiranya rakan-rakan mengunjungi blog saya ini. Sekian terima kasih!